Wednesday, October 5, 2022
24.9 C
Brunei

Korea Selatan laksana semula sekatan ketat

-

SEOUL, 16 DIS – Korea Selatan melaksanakan semula perintah sekatan COVID-19 ke atas perniagaan dan mengehadkan saiz perhimpunan berikutan peningkatan kes jangkitan.

Langkah itu juga memaksa kerajaan menangguhkan rancangan untuk mengamalkan ‘cara hidup bersama’ COVID-19. Di bawah peraturan baharu yang berkuat kuasa Sabtu ini bagi tempoh dua minggu, restoran, kafe dan tempat hiburan waktu malam perlu ditutup pada jam 9 malam.

Saiz perhimpunan kecil dihadkan kepada empat orang dan mereka yang layak menerima suntikan penggalak diarahkan mendapatkannya secepat mungkin. Namun, tempat awam lain seperti pawagam dan dewan konsert dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

“Kita akan dapat mengatasi saat genting ini jika kita cepat mengawal penularan melalui langkah penjarakan sosial yang ketat,” kata Perdana Menteri, Kim Boo-kyum ketika mengumumkan sekatan baharu itu, hari ini.

Jangkitan harian baharu dikesan meningkat lebih daripada tiga kali ganda dengan 7,850 kes dilaporkan semalam dan pihak berkuasa memberi amaran ia mungkin meningkat kepada 20,000 kes bulan depan.

Bulan lalu, kerajaan melonggarkan sekatan seperti memansuhkan had masa perniagaan dibuka untuk membantu meningkatkan semula ekonomi terjejas akibat COVID-19. – AFP

Orang ramai berbaris untuk mendapatkan ujian koronavirus COVID-19 di pusat ujian virus di Seoul pada 14 Disember 2021. Korea Selatan melaksanakan semula perintah sekatan ke atas perniagaan dan mengehadkan perhimpunan berikutan peningkatan kes jangkitan. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -