Korea Selatan lanjut nasihat perjalanan khas

SEOUL, 19 OGOS – Kementerian Luar Korea Selatan hari ini melanjutkan nasihat perjalanan khas untuk semua negara dan wilayah, kecuali negara yang sudah dikenakan sekatan lebih ketat, berikutan kemunculan kembali COVID-19.

Langkah terbaharu yang mengesyorkan supaya mengelak perjalanan ke luar negara itu akan berkuat kuasa sehingga 18 September, lapor agensi berita Yonhap.

Lanjutan itu dibuat memandang-kan nasihat perjalanan sedia ada yang dikuat kuasa pada 20 Jun lalu akan berakhir Rabu ini. Nasihat perjalanan berkaitan COVID-19 pertama kali dikuat kuasa ialah pada 23 Mac hingga 19 Jun.

Kementerian berkata pihaknya memutuskan untuk melanjutkan nasihat perjalanan itu, berikutan penyebaran virus COVID-19 terus berlanjutan di seluruh dunia, selain peningkatan kes jangkitan tempatan dan import serta sekatan masuk yang dikuatkuasakan negara asing. – Bernama