Korea Selatan longgarkan peraturan penjarakan sosial

SEOUL, 3 MEI – Korea Selatan berkata hari ini ia akan melonggarkan peraturan penjarakan sosial pada minggu ini untuk membenarkan perhimpunan dan acara diadakan selepas jumlah kes koronavirus baharu berkurangan mendadak dalam beberapa hari ini.

Puluhan acara – daripada konsert K-pop kepada sukan – telah pun ditunda atau dibatalkan, sementara muzium dan galeri ditutup dan perkhidmatan agama digantung.

Namun Korea Selatan nampaknya berjaya mengawal wabak disebabkan program ‘kesan, uji dan rawat’ yang telah menerima pujian dari seluruh dunia. – AFP