Sunday, April 2, 2023
30.2 C
Brunei

-

Korea Selatan pantau bekalan minyak masak

SEOUL, 18 MEI – Korea Selatan akan meningkatkan pemantauan pasaran minyak masak dan meningkatkan rantaian bekalannya berikutan kebimbangan terhadap masalah bekalan dan tindakan menyorok bekalan, kata Kementerian Pertanian hari ini.

Harga minyak masak global meningkat baru-baru ini berikutan krisis Ukraine dan sekatan eksport Indonesia, mendorong beberapa pengguna di sini menyimpan komoditi itu.

Rangkaian kedai diskaun makanan utama dan pusat beli-belah dalam talian telah menetapkan had pembelian minyak masak bagi setiap pembeli, lapor agensi berita Yonhap.

Laporan itu menyebut pertemuan dengan Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, pembekal utama minyak masak domestik, termasuk CJ CheilJedang Corp. dan Lotte Foods Co., berkata mereka tidak mengalami kekurangan bekalan setakat ini dan menjamin simpanan minyak masak untuk tempoh dua hingga empat bulan.

Mereka juga dijangka membawa masuk jumlah kontrak minyak sawit dan jenis minyak makan lain dari luar negara tanpa sebarang halangan.

Sejak penghujung April, Indonesia, pengeksport minyak sawit nombor satu dunia, menghentikan eksport minyak masak berikutan bekalan domestik yang terhad. Tetapi langkah itu tidak menjejaskan pasaran negara itu, kerana firma Korea Selatan telah membeli minyak sawit dari Malaysia, menurut kementerian itu. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -