Korea Selatan perkenal sistem amaran di pantai

SEJONG, 15 JULAI – Korea Selatan akan mengguna pakai sistem amaran di 50 pantai utama di negara itu, bertujuan melarang pengunjung tambahan berada di kawasan yang terlalu ramai, dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Di bawah sistem itu, pihak berkuasa akan mengeluarkan amaran ‘merah’ apabila bilangan pengunjung di pantai melebihi jumlah ditetapkan untuk memastikan penjarakan sosial dapat dipatuhi, menurut Kementerian Laut dan Perikanan hari ini.

Perkhidmatan menyewa peralatan pantai juga ditangguhkan, lapor agensi berita Yonhap. – Bernama