Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Korea Selatan rancang jual aset

    SEOUL, 8 OGOS – Korea Selatan merancang untuk menjual tanah dan bangunan terbiar milik kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha meningkatkan kewangan negara, menurut kementerian kewangan hari ini.

    Kerajaan memaklumkan ia merancang untuk menjual aset bernilai sekurang-kurangnya 16 trilion won (AS$12.3 bilion) pada tahun-tahun mendatang, lapor Yonhap.

    Nilai tanah dan bangunan milik kerajaan mencecah 701 trilion won pada akhir 2021, dan kira-kira 41 trilion won, atau enam peratus daripada jumlah keseluruhan tersedia untuk dilupuskan, menurut kementerian itu.

    Hasilnya akan digunakan untuk menampung perbelanjaan negara susulan Korea Selatan mengalami defisit fiskal akibat peningkatan perbelanjaan kerajaan ketika menangani wabak pandemik COVID-19.

    Defisit fiskal Korea Selatan meningkat 22.7 trilion won dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding setahun lalu, menurut kementerian itu.

    Pelan pengurangan cukai menyeluruh kerajaan juga berkemungkinan memberi kesan kepada fiskal, kerana negara berhasrat menurunkan cukai korporat, pendapatan dan hartanah untuk merangsang pelaburan dan mengurangkan beban cukai ke atas mereka yang menghadapi masalah kerana kadar inflasi yang tinggi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...