SEOUL, 26 OGOS – Kerajaan Korea Selatan merancang untuk melabur 30 trilion won (AS$22.6 bilion) dalam kecerdasan buatan, semikonduktor dan teknologi terkini lain dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut Kementerian Sains, hari ini.
Pelan pelaburan kerajaan itu diumumkan pada mesyuarat Majlis Penasihat Presiden mengenai Sains & Teknologi pada awal hari itu, lapor agensi berita Yonhap memetik pegawai kementerian.
Teknologi terkini yang lain termasuk kejuruteraan aeroangkasa dan lautan serta komunikasi generasi akan datang. – Bernama