Wednesday, December 7, 2022
31.3 C
Brunei

-

Korea Selatan sahkan kes pertama selesema burung

SEOUL, 19 OKT – Korea Selatan hari ini mengesahkan kes pertama selesema burung di sebuah ladang itik dalam tempoh sekitar enam bulan, menurut Kementerian Pertanian.

Kes influenza avian yang sangat patogenik itu disahkan di sebuah ladang itik di daerah Yecheon, kira-kira 160km ke tenggara ibu kota Seoul, menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar.

Kes terbaharu selesema burung negara itu dilaporkan pada April tahun ini.

Langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyebaran virus H5N1 sedang dijalankan, termasuk memusnahkan kira-kira 9,800 ekor itik yang diternak di ladang itu, kawalan pintu masuk dan langkah kuarantin lain.

Tiada ladang ternakan lain dalam lingkungan 500 meter radius daripada ternakan itik itu, menurut kementerian tersebut. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -