Thursday, July 17, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan tangguh ukur gelombang elektromagnet

    SEOUL, 10 Ogos – Kementerian pertahanan Korea Selatan menangguh pengukuran gelombang elektromagnet dan bunyi berhampiran tapak di mana sistem pertananan peluru berpandu Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal AS (THAAD) dipasang, menurut laporan media tempatan.

    Kementerian pertahanan pada asalnya merancang untuk mengukur tahap bunyi dan gelombang elektromagnet pada hari ini berhampiran tapak THAAD bersama dengan kementerian alam sekitar.

    Seorang pegawai kementerian pertahanan tanpa nama memberitahu wartawan tempatan rancangan tersebut ditangguhkan disebabkan berlakunya beberapa kejadian di tapak.

    Pegawai kementerian perta-hanan dan alam sekitar dirancang dibawa oleh helikopter ke bekas padang golf di daerah Seongju, wilayah Gyeongsang Utara, namun helikopter tersebut gagal berlepas disebabkan cuaca buruk, menurut laporan media tempatan.

    Mereka berusaha menaiki helikopter kerana penduduk dan aktivis keamanan menyekat satu-satunya jalan masuk ke tapak untuk menghalang lebih banyak elemen THAAD daripada dipasang di kampung halaman mereka.

    Dua pelancar dan elemen THAAD lain dipasang, dan empat pelancar THAAD lagi dihantar ke pangkalan tentera AS berhampiran Seongju. Satu bateri THAAD terdiri daripada enam pelancar, 48 pemintas, radar AN/TPY-2 dan unit kebakaran dan kawalan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda