Korea U arah tembak untuk elak kemasukan COVID-19

WASHINGTON, 11 SEPT – Pihak berkuasa Korea Utara telah mengeluarkan arahan tembak untuk bunuh demi mengelak kemasukan wabak koronavirus ke negara itu dari China, menurut komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan.

Negara Korea Utara yang miskin – dengan sistem kesihatan yang daif akan bergelut untuk menangani penularan virus secara besar-besaran – telah mengesahkan satu kes wabak yang telah melanda seluruh dunia sejak kali pertama dikesan di China, sekutu utama Korea Utara.

Pyongyang menutup sempadan mereka dengan China pada Januari untuk mengelak jangkitan dan pada Julai media negara berkata mereka telah mengumunkan perintah darurat kepada tahap maksimum.

Komander Tentera AS di Korea Selatan (USFK), Robert Abrams berkata bahawa sempadan yang ditutup telah meningkatkan permin-taan bagi barangan seludup, memaksa campur tangan pihak berkuasa. Korea Utara memperkenalkan ‘zon penampan baharu, satu atau dua kilometer dari sempadan China,’ kata Abrams semasa persidangan dalam talian yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) di Washington kelmarin. – AFP