SEOUL, KOREA SELATAN, 16 JUN – Korea Utara melaporkan ‘epidemik’ baharu penyakit usus hari ini, satu pengumuman luar biasa daripada negara penuh rahsia yang sudah pun bergelut dengan penularan COVID dan pergolakan ekonomi teruk.
Tidak jelas berapa ramai yang dijangkiti dalam apa yang Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) katakan adalah ‘wabak enterik akut’ di barat daya bandar Haeju.
Agensi tidak menamakan penyakit itu, namun enterik merujuk kepada penyakit usus, seperti demam kepialu, berak berdarah dan kolera, yang disebabkan oleh kuman dalam makanan tercemar atau air atau bersentuhan dengan najis orang yang dijangkiti.
Penyakit seperti itu sering berlaku di Korea Utara, di mana kekurangan kemudahan rawatan air dan sistem kesihatan awam yang sudah uzur selama berdekad-dekad. – AP