WASHINGTON, 25 Dis – Hakim persekutuan semalam memerintahkan Korea Utara supaya membayar lebih AS$500 juta dalam tindakan guaman berhubung kematian tidak adil yang difailkan oleh ibu bapa Otto Warmbier, seorang pelajar kolej Amerika yang meninggal dunia sejurus selepas dibebaskan dari negara itu.
Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Beryl Howell sekeras-kerasnya menyelar Korea Utara di atas ‘layanan amat kejam’ ke atas Warmbier, dalam bersetuju dengan keluarganya bahawa negara terpencil itu seharusnya di pertanggung jawabkan ke atas kematiannya tahun lalu.
Hakim memutuskan supaya diberikan pembayaran ganti rugi punitif dan pembayaran bagi perbelanjaaan perubatan, kerugian ekonomi, penderitaan yang dialami oleh Fred dan Cindy Warmbier, yang mengatakan anak lelaki mereka itu telah dijadikan tebusan dan diseksa. Warmbier adalah pelajar Universiti Virginia yang sedang melawat Korea Utara bersama kumpulan pelawat apabila dia ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dengan kerja teruk pada Mac 2016 kerana disyaki mencuri poster propaganda.
Dia meninggal dunia pada Jun 2017 sejurus selepas dia pulang ke AS, dalam keadaan koma dan menunjukkan tanda-tanda jelas telah diseksa ketika dalam tahanan.
Dalam meletakkan tanggungjawab ke atas Korea Utara, Howell berkata kerajaan telah merampas Warmbier bagi ‘digunakan sebagai alat dalam tipu helah sejagat negara totalitarian itu dan pertemuan dengan AS.”
“Sebelum Otto pergi bersama kumpulan pelawat itu bagi lawatan selama lima hari ke Korea Utara, dia adalah pelajar ekonomi dan perniagaan yang sihat dan cergas di Universiti Virginia, dengan ‘impian yang tinggi’, kemahiran dan orang pintar untuk menjadikannya dan sekolah tingginya yang terbaik,” hakim menulis.
“Dia dalam keadaan buta, tuli dan mati otak apabila Korea Utara menyerahkannya kepada para pegawai kerajaan AS bagi perjalanan pulangnya yang terakhir.”
Penahanan dan kematian Warmbier berlaku ketika waktu ketegangan meningkat antara AS dan Korea Utara ekoran program senjata nuklear negara. Presiden Donald Trump telah mengadakan sidang kemuncak pertama seumpamanya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Jun 2018 dan merancang satu lagi sidang kemuncak pada tahun hadapan. – AP
































