SINGAPURA, 3 Jun – Korea Utara tidak akan mendapat sebarang pengurangan sekatan sehingga ia menunjukkan langkah-langkah ‘yang tidak boleh ditarik balik’ untuk menamatkan program nuklear, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis berkata hari ini.
Bercakap pada persidangan keselamatan di Singapura sebelum sidang kemuncak yang dirancangkan antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, Mattis berkata adalah penting bahawa masyarakat antarabangsa mengekalkan sekatan Dewan Majlis Keselamatan buat masa ini.
“Korea Utara akan menerima pengurangan sekatan hanya jika ia menunjukkan langkah-langkah yang boleh ditentusahkan dan tidak boleh ditarik balik kepada penamatan program nuklear,” kata Mattis ketika kenyataan terbuka pada mesyuarat dengan menteri-menteri pertahanan Korea Selatan dan Jepun. “Pada masa ini kami terus komited, malah terus mengukuhkan kerjasama pertahanan kami sebagai kaedah terbaik untuk mengekalkan keamanan.”
Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young-moo berkata memandangkan perkembangan di Korea Utara akhir-akhirnya ini, ‘boleh wujud keyakinan berhati-hati dalam pada kita melangkah ke hadapan’.
Mattis mungkin tidak mengulas secara terbuka tentang sidang kemuncak akan datang, yang telah disahkan oleh Trump akan mengambil tempat di Singapura pada 12 Jun dan sebaliknya mengikut Jabatan Negara.
Tugas utama sebelum sidang kemuncak ialah menyelesaikan agenda. Halangan utama mungkin konsep ‘penamatan program nuklear’ yang mana kedua belah pihak mengatakan mereka memihaknya, tetapi wujud jarak luas antara definisi mereka. – AFP