Korea U gesa langkah lebih ketat

SEOUL, 12 APRIL – Korea Utara menyeru langkah-langkah yang lebih tegas dalam menangani pandemik koronavirus pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh pemimpin mereka, Kim Jong Un, lapor media negara semalam, tanpa mengakui sama ada negara itu telah melaporkan sebarang jangkitan.

Sejak virus itu mula dikesan di China, Utara dengan segera telah menutup sempadannya pada bulan Januari dan mengenakan langkah pembendungan yang ketat.

Pegawai di Pyongyang dan media negerinya telah berkali-kali menegaskan bahawa Utara masih bebas daripada virus itu.

Wabak koronavirus – yang telah menjangkiti lebih daripada 1.7 juta di seluruh dunia – telah menjadi ‘bencana besar yang mengancam seluruh penduduk dunia, tanpa mengira sempadan dan benua,’ menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

“Persekitaran sedemikian boleh mewujudkan beberapa halangan kepada perjuangan dan kemajuan kita,” katanya, sambil menambah Pyongyang mengekalkan langkah-langkah yang ketat dalam mengekang penularan wabak itu. – AFP