Korea U henti ketibaan pelancong

SEOUL, 22 JAN – Korea Utara akan menghentikan kedatangan pelancong asing untuk melindungi negaranya daripada virus yang dikatakan serupa seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) baharu yang membunuh sekurang-kurangnya sembilan jiwa di China dan ratusan orang kini menghidap virus tersebut, kata seorang pengendali pelancongan utama.

Beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat telah meningkatkan langkah-langkah pemeriksaan ke atas penumpang di lapangan terbang untuk mengesan koronavirus, yang mula-mula muncul di Wuhan, bandar China, tetapi larangan ke atas ketibaan pelancong di negara itu merupakan negara yang pertama melakukannya.

Virus ini telah mencetuskan amaran di China dan luar negara kerana dikatakan genetiknya menyerupai SARS, yang mengorbankan hampir 650 orang di tanah besar China dan Hong Kong pada 2002 hingga 2003.

Kebanyakan pelancong asing ke Korea Utara adalah warga Cina, dan jumlah mereka telah meningkat dengan ke-tara pada tahun lepas selepas hubungan antara Beijing dan Pyongyang semakin pulih, menghasilkan mata wang asing yang penting untuk negara terpencil itu.

“Tetapi hari ini, Korea Utara akan menutup sempadan sementara untuk semua pelancong asing sebagai langkah berjaga-jaga terhadap koronavirus itu,” pakar pengendali yang berpangkalan di China, Young Pioneer Tours berkata dalam satu kenyataan. – AFP