Korea U rai ulang tahun kelahiran pengasas negara

SEOUL, 16 FEB – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un merai ulang tahun kelahiran bekas pemimpin negara hari ini, dalam kemunculan pertamanya di khalayak ramai dalam tempoh tiga minggu tatkala koronavirus melanda negara jiran China.

Kim memberikan ‘penghormatan’ kepada bapanya Kim Jong Il di Istana Matahari Kumsusan di Pyongyang yang menempatkan mayat bapa dan datuk yang diawet, lapor akhbar Rodong Sinmun. COVID-19, yang berasal dari China dan telah membunuh lebih daripada 1,600 orang, telah membimbangkan Utara, mendorongnya menutup sempadan dan menggantung semua penerbangan dan kereta api ke dan dari negara jiran dan sekutu paling pentingnya.

Pyongyang tidak berkata apa-apa mengenai kes tersebut di Utara, namun ia telah menamatkan pelancongan antarabangsa dan melanjutkan tempoh kuarantin kepada 30 hari untuk mereka yang disyaki membawa virus tersebut, termasuk warga asing. Media negeri telah menyiarkan gambar pegawai yang memakai topeng menghadiri mesyuarat tergempar serta gambar pekerja menyahbasmi tempat-tempat awam termasuk hospital, sekolah, stesen kereta api dan salun kecantikan. – AFP

Gambar yang dikeluarkan oleh kerajaan Korea Utara menunjukkan Kim Jong Un (tengah) melawat Istana Kumsusan, di mana mendiang pemimpin Kim Il Sung dan Kim Jong Il disemadikan. – AP