Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Korea U rai ulang tahun mendiang bapa Kim Jong Un

    SEOUL, 16 FEB – Korea Utara meraikan ulang tahun kelahiran ke-80 mendiang bapa kepada pemimpin, Kim Jong Un, dengan satu perhimpunan besar-besaran dalam cuaca sejuk, lapor media kerajaan hari ini, namun tidak ada acara perarakan tentera mahupun peluru berpandu.

    Kim disertai pegawai tertingginya menyambut acara dikenali ‘Day of the Shining Star’ di bandar bersalji Samjiyon berhampiran Gunung Paektu, lokasi rasmi kelahiran Kim Jong Il di kem gerila rahsia pada 16 Februari.

    Kalendar Korea Utara dipenuhi dengan sambutan berkaitan sejarah rasmi negara berkenaan, khususnya membabitkan mendiang bapa Jong Un serta datuknya yang juga pengasas Korea Utara, Kim Il Sung.

    Acara sambutan itu dipenuhi pertunjukan bunga, tarian, persembahan penghormatan di media tempatan, yang disifatkan penganalisis sebagai usaha menanam kesetiaan kepada pemimpin.

    Ulang tahun Kim Il Sung pada 15 April digelar ‘Day of the Sun’.

    Media tempatan turut memaparkan peserta berhimpun berhampiran patung gergasi Kim Jong Il bagi meraikan acara berkenaan. – AFP

    Gambar yang diambil pada 15 Februari menunjukkan Kim Jong Un menghadiri mesyuarat negara untuk meraikan ulang tahun ke-80 mendiang bapanya di Bandar Samjiyon. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...