Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Korea U sambut ulang tahun kelahiran pengasas negara

    SEOUL, 15 APRIL – Korea Utara meraikan ulang tahun kelahiran pemimpin pengasas negara itu hari ini, menurut laporan media negara, tetapi misteri menyelubungi apabila perarakan tentera – kebiasaannya rejim tentera mendedahkan senjata-senjata baharu – mungkin berlaku.

    Dikenali sebagai ‘Day of the Sun’ di Korea Utara, tanggal 15 April merupakan ulang tahun kelahiran mendiang Kim Il Sung – datuk kepada pemimpin ketika ini, Kim Jong Un – adalah tarikh yang paling penting dalam kalender politik Pyongyang.

    Terdapat liputan berterusan di media negara menjelang hari tersebut, termasuk setem peringatan, perayaan-kecil, pesta tarian dan penghormatan bunga.

    Ulang tahun diraikan tiga minggu selepas Korea Utara mengadakan ujian terbesar peluru balistik antara benua – kali pertama senjata paling berkuasa Kim Jong Un dilancarkan pada sekala penuh sejak 2017.

    Ujian tersebut adalah kemuncak rekod baharu pelancaran setakat tahun ini dan menandakan berakhirnya penggantungan sementara yang ditetapkan sendiri bagi ujian nuklear jarak jauh.

    Penganalisis dan pegawai Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) menjangkakan Pyongyang untuk menandakan 15 April dengan perarakan tentera untuk mendedahkan senjata baharu, atau menguji kemampuan senjata nuklear yang dilarang. Tetapi tidak disebut hari ini di media negara mengenai acara seumpamanya. – AFP

    Korea Utara meraikan ulang tahun kelahiran pemimpin pengasas negara itu dengan perarakan tentera di mana tarikh 15 April merupakan tarikh penting dalam kalender politik Pyongyang.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...