Korea U tembak, bakar ‘pembelot’ Korea S

SEOUL, 24 SEPT – Askar-askar Korea Utara telah menembak mati suspek pembelot Korea Selatan di laut sekaligus membakar mayatnya sebagai langkah waspada koronavirus selepas dia disoal siasat di perairan itu selama berjam-jam, kata para pegawai tentera Seoul hari ini.

Ia adalah pembunuhan pertama warga Korea Selatan yang dilakukan oleh tentera Korea Utara selama berdekad-dekad dan muncul ketika Pyongyang dalam langkah waspada tinggi susulan pandemik dengan hubungan antara Korea menjadi tegang.

Pegawai Perikanan itu hilang dari kapal rondaan dekat barat sempadan pulau Yeonpyeong pada Isnin lalu, kata pegawai tentera Korea Selatan kepada AFP.

Lebih 24 jam kemudian, tentera Korea Utara mengesannya berada di perairan mereka dan menyoal siasat dari bot rondaan, katanya, dengan penyiasat memakai pakaian pelindung.

Dia dibunuh sekitar enam jam selepas ditemui, menurut pegawai.

“Dia telah ditembak mati di air tersebut. Tentera Korea Utara menyimbah minyak di badannya dan membakarnya di dalam air,” katanya.

“Kami menilai, ia telah dijalankan di bawah langkah anti-koronavirus Korea Utara,” tambahnya.

Menurut Kementerian Pertahanan, orang yang membakar mayat itu memakai topeng gas dan pakaian pelindung.

Lelaki berkenaan memakai jaket keselamatan dan kasutnya ditemui dalam bot warga Korea Selatan itu, kata pegawai – petunjuk mengatakan dia memasuki air secara sukarela. – AFP

Gambar bertarikh 24 September menunjukkan kapal peronda perikanan Mugungwha 10 di lokasi tidak didedahkan, tidak jauh daripada pegawai perikanan hilang dilaporkan dekat pulau Yeonpyeong. – AFP