Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Korea U tembak ICBM baharu

    SEOUL, 24 MAC – Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) hari ini, menurut Tokyo dan Seoul ketika mereka menyuarakan keberangan terhadap pelancaran senjata berkuasa itu sejak tahun 2017.

    Tentera Korea Selatan berkata ia telah melepaskan tembakan dari darat, laut dan udara sebagai tindak balas.

    Pyongyang telah melancarkan hampir puluhan ujian senjata tahun ini sebagai menunjukkan keingkaran ke atas sekatan PBB.

    Pelancaran hari ini adalah ‘pencabulan ke atas penangguhan pelancaran peluru balistik antara benua yang dijanjikan oleh pengerusi Kim Jong Un kepada komuniti antarabangsa,” kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam satu kenyataan.

    “Ia menunjukkan ancaman serius kepada semenanjung Korea, komuniti serantau dan antarabangsa,” kata Moon, menambah ia adalah ‘pelanggaran jelas’ resolusi Majlis Keselamatan PBB.

    Peluru berpandu ditembakkan petang ini dari Sunan – kemungkinan tapak sama tempat ujian gagal minggu lalu – dan mempunyai jarak 6,200km, kata Ketua Turus Tentera Seoul.

    Peluru berpandu itu terbang kira-kira 71 minit dan mendarat di perairan wilayah Jepun, menurut kerajaan Jepun.

    “Ini adalah tindakan memeranjatkan, perbuatan tidak dapat dimaafkan,” kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Brussels di mana dia dijangka bertemu dengan anggota Kumpulan Tujuh.

    Korea Utara mengancam ‘keamanan dan keselamatan Jepun, komuniti antarabangsa dan serantau.

    “Ini tidak dapat diterima,” tambahnya. – AFP

    Kementerian Pertahanan Korea Selatan membalas tembakan selepas Korea Utara menembak peluru berpandu balistik. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...