Saturday, February 4, 2023
23.6 C
Brunei

-

Korea U tembak ICBM berpotensi sampai AS

SEOUL, 18 NOV – Korea Utara hari ini melancarkan misil balistik antara benua (ICBM) yang mendarat hampir perairan Jepun, dalam ujian kedua senjata utamanya yang menunjukkan keupayaannya untuk melancarkan serangan nuklear ke seluruh tanah besar Amerika Syarikat (AS).

Meskipun tidak jelas sama ada Korea Utara memiliki misil berfungsi senjata nuklear, segelintir pakar mengatakan pelancaran hari ini melibatkan misil jarak jauh. Misil itu masih lagi dibangunkannya dan direka untuk membawa kepala peledak bagi menewaskan sistem pertahanan misil AS.

Ujian senjata nuklear berkali-kali Korea Utara kebelakangan ini, bertujuan untuk mengembangkan armada senjata nuklearnya dan mendapatkan konsesi lebih meluas dalam diplomasi masa depan. Ia berlaku ketika China dan Rusia membantah langkah AS untuk menguatkan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan mengekang program senjata nuklear Korea Utara.

AS segera mengecam pelancaran misil itu dan berikrar untuk mengambil ‘semua langkah perlu’ untuk menjamin keselamatan rantaunya dan sekutunya, Korea Selatan dan Jepun.
Naib Presiden AS, Kamala Haris bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara itu, termasuklah Australia, Kanada dan New Zealand yang menghadiri satu forum serantau di Bangkok untuk membincangkan pelancaran tersebut.

“Kami sekali lagi menyeru Korea Utara untuk menghentikan tindakan tidak berundang-undang dan mengucar-ngacirkan. Bagi pihak AS, saya mengesahkan semula komitmen kami untuk melindungi sekutu Indo-Pasifik kami,” kata Harris pada permulaan mesyuarat.

“Bersama, negara-negara yang hadir di sini akan terus menggesa Korea Utara untuk komited terhadap diplomasi serius dan mapan,” tambahnya.

Menurut anggaran Korea Selatan dan Jepun, misil itu terbang kira-kira 6,000-6,100 kilometer (km) pada altitud maksimum 1,000km.

Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada mengatakan, bergantung kepada berat kepala peledak, misil itu mempunyai jarak melebihi 15,000km, yang boleh meliputi seluruh tanah besar AS. – AP

Sebuah skrin TV menunjukkan imej pelancaran misil Korea Utara disiarkan dalam siaran berita di Stesen Kereta Api Seoul, Korea Selatan, 18 November. Menurut Korea Selatan, misil dilancarkan Korea Utara kemungkinan satu misil balistik antara benua. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -