Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Korea U tembak ‘misil balistik’

    SEOUL, 12 MEI – Korea Utara telah melepaskan tiga tembakan misil balistik, kata tentera Seoul hari ini, beberapa jam selepas Pyongyang mengumumkan kes pertama COVID.

    “Tentera kami mengesan kira-kira tiga misil balistik jarak dekat sekitar jam 9:30 pagi telah ditembakkan dari kawasan Sunan di Pyongyang,” kata Ketua Turus Tentera Korea Selatan kepada AFP, menambah misil itu ditembakkan ke Laut Jepun.

    Kementerian Pertahanan Jepun juga mengesahkan pelancaran itu manakala pengawal pantai negara itu memberitahu AFP yang ia telah mengeluarkan amaran keselamatan ke arah kapal-kapal yang ‘kelihatannya dari Korea Utara telah melancarkan misil itu’.

    Pelancaran itu sepertinya senjata ke-16 negara itu uji sejauh ini tahun ini.

    Ujian itu muncul dua hari selepas presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dilantik secara rasmi pada Selasa.

    Korea Utara juga melancarkan apa yang Seoul dan Tokyo katakan dua ujian misil balistik berasingan dalam seminggu sebelum pelantikan rasmi itu, walaupun Pyongyang tidak mengesahkan pelancaran tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -