Sunday, November 27, 2022
24 C
Brunei

-

Korea U tembak misil lagi, terbangkan pesawat perang

SEOUL, 6 OKT – Korea Utara hari ini melancarkan dua peluru berpandu balistik dan menerbangkan pesawat perang, selain mendakwa ujian penghapusan sekatan baru-baru ini adalah tindakan balas yang perlu bagi latihan ketenteraan bersama antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertemu bagi membincangkan pelancaran peluru berpandu balistik jarak pertengahan Pyongyang ke atas Jepun, Selasa lalu, Korea Utara menyalahkan Washington kerana ‘meningkatkan ketegangan tentera di semenanjung Korea’.

Kementerian Luar Pyongyang dalam kenyataan hari ini berkata, pelancaran baru-baru ini, yang keenam kurang daripada dua minggu adalah ‘tindak balas adil bagi Tentera Rakyat Korea’.

Seoul, Tokyo dan Washington meningkatkan latihan ketenteraan bersama beberapa minggu lalu, selain menjalankan latihan baharu hari ini, membabitkan kapal pemusnah tentera laut AS daripada kumpulan penyerang kapal induk USS Ronald Reagan.

AS mengerahkan semula kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear itu ke perairan timur Korea Selatan sebagai sebahagian daripada tindak balas ketenteraan meluas terhadap ujian Pyongyang Selasa lalu, termasuk pengeboman bersama dan latihan peluru berpandu. – AFP

Skrin televisyen menunjukkan berita melaporkan pelancaran peluru berpandu dengan rakaman fail pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, di Stesen Landasan Kereta api Seoul, di Seoul, Korea Selatan pada 6 Oktober. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -