Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Korea U tembak misil lagi

    SEOUL, 17 JAN – Korea Utara melepaskan dua tembakan peluru berpandu balistik hari ini, kata Seoul, ujian keempatnya bulan ini.

    Pelancaran itu muncul ketika waktu rumit di rantau itu, dengan sekutu utama Korea Utara dijangka menghoskan Sukan Olimpik Musim Sejuk bulan depan dan Korea Selatan bersiap sedia bagi pilihan raya Presiden pada Mac.

    Dua ‘peluru berpandu balistik jarak dekat’ telah ditembakkan dari lapangan terbang di Pyongyang awal hari ini, kata Ketua Turus Tentera Korea Selatan, bersama Jepun juga mengesahkan pelancaran tersebut.

    Menurut JCS, tembakan itu berlangsung sebelum jam 9 pagi, terbang 380km pada altitud 42km. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...