Korea U tembak ‘peluru berpandu jarak dekat’

SEOUL, 2 MAC – Korea Utara telah melepaskan tembakan yang kelihatannya dua peluru berpandu jarak dekat hari ini, kata tentera Korea Selatan, beberapa minggu selepas Pyongyang mengancam untuk menunjukkan ‘senjata strategik baharu’ dengan tempoh akhir bagi Washington untuk menawarkan pengurangan sekatan telah mansuh.

Pelancaran itu adalah yang pertama ditembakkan oleh Korea Utara yang bersenjatakan nuklear dalam masa lebih tiga bulan dan muncul ketika rundingan nuklear bersama Amerika Syarikat (AS) masih terhenti.

Dua peranti itu telah ditembakkan ke timur arah laut dari kawasan Wonsan di pantai timur dan terbang 240km pada altitud maksimum 35km, kata Ketua Turus Tentera Korea Selatan.

Ia dipercayai peluru berpandu balistik jarak dekat, kata pegawai JCS.

Menteri-menteri keselamatan Korea Selatan menyatakan ‘kebimbangan’ yang Korea Utara tentang tindakannya yang meningkatkan ketegangan tentera, kata Rumah Biru presiden.

Kementerian pertahanan Jepun berkata tidak ada petunjuk apa-apa yang mendarat di perairannya atau di zon ekonomi eksklusif, namun menambah ‘pelancaran berulang kali peluru berpandu dan peluru berpandu lain baru-baru ini di Korea Utara adalah isu yang serius’.

Pelancaran itu muncul ketika Pyongyang bergelut untuk mencegah letusan wabak koronavirus dan beberapa hari selepas ulang tahun setahun sidang kemuncak Hanoi yang musnah antara pemimpin Kim Jong Un dan Presiden AS, Donald Trump. – AFP