Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Korea U uji peluru berpandu jarak dekat

    SEOUL, 25 SEPT – Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah laut di bahagian timur, melanjutkan provokasi dalam ujian senjatanya ketika kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) membuat kunjungan ke Korea Selatan untuk latihan ketenteraan bersepadu sebagai tindak balas ancaman nuklear Korea Utara.

    Ketua kakitangan bersama Korea Selatan berkata peluru berpandu yang dilancarkan dari barat bandar Taechon terbang 600km merentasi negara itu dengan altitud maksimum 60km sebelum mendarat di luar perairan pantai timur Korea Utara.

    Pejabat presiden Korea Selatan berkata Pengarah Keselamatan Kebangsaan, Kim Sung-han menggesa perjumpaan tergempar Majlis Keselamatan Kebangsaan di mana anggotanya mengutuk pelancaran tersebut sebagai jelas melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menuduh Korea Utara meningkatkan ketegangan di wilayah itu.

    Komando Indo-Pasifik AS berkata pelancaran itu tidak “memberikan ancaman segera terhadap anggota AS atau wilayahnya, atau sekutunya,” tetapi masih menekankan kesan ketidakstabilan daripada program peluru berpandu dan senjata nuklear Korea Utara. – AP

    Penduduk Korea Selatan menonton berita yang menyiarkan mengenai pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...