SEOUL, 17 APRIL – Korea Utara melancarkan ujian senjata taktikal baharu direka untuk meningkatkan kemampuan senjata nuklear, menurut laporan media negara hari ini, sehari sebelum ketua dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan latihan ketenteraan yang dianggap oleh Korea Utara sebagai latihan pencerobohan.
Ujian senjata yang dilancarkan oleh Pyongyang adalah yang ke-13 pada tahun ini, dan dilakukan di tengah-tengah kebimbangan bahawa Korea Utara mungkin tidak lama lagi akan membuat provokasi yang lebih besar seperti ujian nuklear dalam usaha untuk mengembangkan simpanan senjata negara itu dan meningkatkan tekanan ke atas Washington dan Seoul di tengah-tengah diplomasi yang buntu.
Agensi Berita Pusat Korea (KNCA) berkata pemimpin Kim Jong menyaksikan apa yang digelarnya sebagai kejayaan pelancaran senjatanya. Ia menerbitkan sekeping foto menunjukkan Kim bertepuk tangan bersama pegawai tentera.
KCNA berkata ujian senjatanya ‘memberikan signifikan besar dalam penambahbaikan drastik senjata api unit artileri jarak jauh, menyerlahkan keberkesanan dalam operasi taktikal nuklear Korea Utara dan kepelbagaian misi senjata apinya.
KCNA tidak menerangkan lanjut, tetapi penggunaan perkataan ‘taktikal nuklear’ menunjukkan senjata itu berkemungkinan mampu untuk membawa kepala senjata di medan perang yang boleh menyerang strategik sasaran di Korea Selatan. Wartawan KCNA tidak menyebutkan di mana dan bila pelancaran dilakukan.
Beberapa pemerhati berkata senjata yang ditunjukkan dalam gambar diterbitkan Korea Utara menunjukkan ia mungkin lebih kecil, dan versi lebih ringan bagi senjata berkeupayaan nuklear, peluru berpandu KN-23 yang lebih mudah dikawal yang digunakan untuk menewaskan sistem pertahanan peluru berpandu. Yang lainnya berkata ia mungkin peluru berpandu baharu yang menggabungkan ciri teknikal KN-23 dan peluru berpandu balistik jarak dekat dipanggil KN-24. – AP