Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara berdepan ‘risiko kebuluran’

    SEOUL, 13 OKT – Golongan paling rentan Korea Utara ‘berisiko kebuluran’ ekoran ekonomi semakin buruk akibat sekatan koronavirus negara itu, dan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan terhadap program nuklear negara itu harus dikurangkan, kata seorang pakar hak asasi manusia PBB hari ini.

    Negara miskin itu kini berada dalam sekatan ketat sejak awal tahun lalu untuk melindungi daripada pandemik, dengan ekonomi terjejas teruk dan perdagangan dengan rakan utama China merosot.

    Pada Jun, stesen penyiaran kerajaan, KCTV mengakui Korea Utara sedang berdepan ‘krisis makanan’, mencetuskan amaran di negara dengan sektor pertanian yang hampir sekian lama bergelut untuk menampung makanan penduduknya.

    Pada bulan yang sama, pemimpin negara itu, Kim Jong Un menyatakan keadaan makanan ‘semakin tegang’.

    Rakyat biasa Korea Utara ‘bergelut setiap hari… untuk menjalani kehidupan bermaruah’, dan keadaan kemanusiaan yang semakin buruk boleh ‘berubah menjadi krisis’, kata Tomas Ojea Quintana, pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia, dalam laporan terbarunya.

    Pyongyang berada di bawah banyak sekatan antarabangsa atas program peluru berpandu nuklear dan balistiknya, yang telah menyaksikan kemajuan pesat di bawah Jong Un. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda