Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Korea Utara cipta cuti perayaan baharu

    SEOUL, 5 NOV – Korea Utara telah mencipta cuti perayaan baharu untuk meraikan ulang tahun kejayaan pelancaran ujian peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-17 tahun lalu, laporan media kerajaan hari ini.

    Pada 18 November 2022, Pyongyang menjalankan apa yang dipercayai sebagai ujian penerbangan penuh pertama Hwasong-17 digelar sebagai ‘peluru berpandu gergasi’ oleh penganalisis.

    Agensi berita pusat Korea Utara (KCNA) berkata hari ini bahawa, ulang tahun itu telah ditetapkan sebagai cuti pada mesyuarat Presidium Perhimpunan Rakyat Tertinggi.

    “Penubuhan Hari Industri Peluru Berpandu menandakan satu peristiwa istimewa dalam perjalanan suci kami dalam pembangunan pertahanan negara,” kata KCNA.

    Dengan pelancaran itu, katanya, Korea Utara telah ‘menunjukkan kepada dunia keagungan kuasa nuklear bertaraf dunia dan negara dengan peluru berpandu balistik antara benua terkuat’.

    Korea Utara sering menjalankan ujian senjata utama pada cuti penting dan agensi perisik Seoul berkata minggu lalu bahawa, negara itu berada di peringkat akhir untuk bersiap sedia untuk pelancaran ketiga satelit peninjau tentera. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...