Korea Utara diperingkat akhir ujian ICBM

SEOUL, 1 Jan – Korea Utara kini sedang dalam ‘peringkat akhir’ dalam membangunkan peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM), kata pemimpinnya Kim Jong-Un sambil berkata bahawa negara itu telah memperkukuhkan secara signifikan kuasa nuklearnya pada 2016.

“Kami sedang dalam peringkat akhir bagi ujian pelancaran peluru berpandu balistik rentas benua,” kata Kim dalam ucapan selama 30 mini menerusi televisyen negara sempena Tahun Baru 2017, seraya merujuk kepada satu siri ujian nuklear dan peluru berpandu yang dijalankan sepanjang 2016.

Pyongyang telah ‘melonjakkan sebagai sebuah kuasa nuklear’ katanya sambil menambah bahawa ia kini merupakan sebuah kuasa ketenteraan di Timur yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa termasuk musuh yang paling kuat sekalipun.

Korea Utara telah menjalankan dua ujian nuklear dan beberapa ujian pelancaran peluru berpandu tahun lalu di samping meneruskan matlamat negara itu untuk membangunkan satu sistem persenjataan yang berupaya mencecah sehingga ke bumi Amerika Syarikat dengan senjata nuklearnya. – AFP