Korea Utara gesa bagi hubungan kukuh

SEOUL, 15 April – Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un secara peribadi menyambut seorang pegawai tertinggi China di Pyongyang dan menyeru bagi hubungan kukuh bersama Beijing, menurut media negara itu hari ini, ketika sekutu tradisi itu berusaha dalam memulihkan hubungan pahit.

Kim bertemu dengan Song Tao, ketua di jabatan antarabangsa Parti Komunis China Komiti Pusat, yang memimpin rombongan seni untuk menghadiri satu festival musim bunga di ibu negara Korea Utara. Rombongan itu tiba beberapa minggu selepas Kim membuat lawatan mengejut ke Beijing dan bertemu dengan Presiden China Xi Jinping, yang memperlihatkan percubaan kedua-dua pemimpin untuk menunjukkan perikatan utama menjelang tempoh diplomasi di peringkat tertinggi.

Kim dijangka akan mengadakan kemuncak bersama Presiden Korea Selatan Presiden Moon Jae-in bulan ini dan Presiden Amerika Syarikat Presiden Donald Trump dalam beberapa minggu berikutnya. Sementara itu agensi berita rasmi Korea Utara KCNA berkata Kim mengalu-alukan Song dan rombongan pada satu pertemuan semalam, di mana Song menyampaikan ‘ucapan hangat’ daripada Xi.

Kedua-dua mereka telah bertukar ‘pandangan yang mendalam mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama’ dan situasi antarabangsa, kata KCNA, tanpa sebarang butiran. – AFP

Gambar fail bertarikh 9 April 2018 menunjukkan Kim Jong Un ketika menghadiri mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Korea di Pyongyang, Korea Utara. – AP