Saturday, February 4, 2023
28.9 C
Brunei

-

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat

SEOUL, 5 JUN – Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan pantai timurnya hari ini, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Ketua Turus berkata ia mengesan pelancaran dari kawasan Sunan di Pyongyang dari sekitar 9:08 pagi hingga 9:43 pagi waktu tempatan, sambil menambah bahawa tentera Korea Selatan mengekalkan posisi siap siaga penuh dengan kerjasama erat bersama Amerika Syarikat sambil terus memperkukuh pengawasan dan kewaspadaan.

Ia merupakan pelancaran peluru berpandu ke-18 oleh Korea Utara tahun ini dan ketiga sejak Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol memegang jawatan pada 10 Mei, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Yonhap.- Bernama

Penduduk di Seoul menyaksikan paparan televisyen menunjukkan rakaman video pelancaran ujian peluru berpandu Korea Utara, kelmarin.- AFP

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -