Korea Utara lancar peluru berpandu

SEOUL, 14 APRIL – Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik ke arah laut hari ini, menurut tentera Korea Selatan, dengan penganalisis mengatakan Pyongyang sedang mendemonstrasikan senjatanya.

‘Beberapa buah pelancar’ ddari Munchon di timur negara itu dipercayai peluru berpandu jarak dekat, kata ketua turus dalam satu kenyataan.

Ujian dilancarkan sehari sebelum Korea Selatan mengadakan pilihan raya parlimen, pada masa dunia sedang menumpukan usaha menangani pandemik koronavirus yang menurut Pyongyang, ia masih bebas daripadanya setakat ini.

Ia juga berlaku sehari sebelum Korea Utara menyambut ulang tahun ke-108 pengasas Kim II Sung, datuk kepada pemimpin sekarang, Kim Jong Un. – AFP