Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Korea Utara lancar ujian peluru berpandu

    SEOUL, 27 FEB – Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik hari ini, menurut Seoul, dan menyambung semula ujian senjata bertubi-tubi selepas senyap selama sebulan semasa Sukan Olimpik Beijng, ketika tumpuan dunia kini terarah ke Ukraine.

    Pelancaran hari ini merupakan yang kelapan dibuat Pyongyang setakat tahun ini, termasuk ujian peluru berpandu paling canggih sejak rundingan berprofil tinggi antara pemimpin Kim Jong Un dan presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Donald Trump pada 2017.

    Sejak itu, rundingan diplomasi semakin lemah dan meskipun dikenakan sekatan antarabangsa, namun Pyongyang tetap memperluaskan pembangunan tenteranya, mengancam untuk meninggalkan penggantungan dikenakan oleh mereka bagi pelancaran senjata jarak jauh dan nuklear.

    Penganalisis meramalkan Pyongyang akan cuba mengambil kesempatan terhadap kelekaan AS ke atas pencerobohan Rusia pada Khamis untuk mengadakan ujian baharu.

    Tentera Korea Selatan hari ini berkata ia mengesan peluru berpandu balistik yang dilepaskan menuju lautan Jepun pada 7:52 pagi waktu tempatan dari Pyongyang.

    “Peluru berpandu balisitik terkini mempunyai jarak kira-kira 300 kilometer dan ketinggian kira-kira 620 kilometer,” tambahnya. Jepun turut mengesahkan pelancaran itu.

    Korea Selatan meluahkan ‘kebimbangan mendalam dan kesal’, serta mengkritik masa ujian dijalankan ‘ketika dunia berusaha untuk menyelesaikan masalah pepangan di Ukraine’.

    Korea Selatan berkata akan menyertai sekatan ekonomi antarabangsa ke atas Rusia dan, sebagai sekutu keselamatan utama AS, ia memerhatikan dengan teliti tindak balas Washington terhadap kekerasan Moscow. – AFP

    Orang ramai menonton berita di televisyen yang menyiarkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...