Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Korea Utara lancar ujian peluru berpandu paling kuat

    SEOUL, 30 JAN – Korea Utara hari ini menguji peluru berpandu paling kuat sejak 2017, meningkatkan kemampuan senjatanya untuk pelancaran memecah rekod kali ketujuh pada bulan ini ketika Seoul memberi amaran bahawa nuklear dan ujian jarak jauh mungkin akan dijalankan seterusnya.

    Pyongyang tidak pernah menjalankan ujian melepaskan peluru berpandu sebanyak ini dalam tempoh sebulan sebelum ini dan minggu lalu mengancam untuk meninggalkan moratorium yang dilaksanakannya sendiri selama hampir lima tahun untuk menguji senjata nuklear dan jarak jauh, menyalahkan dasar ‘agresif’ Amerika Syarikat (AS) kerana mendesak negara itu.

    Dengan rundingan damai bersama Washington berbantut, Korea Utara mengukuhkan ikrar pemimpin Kim Jong Un untuk memodenkan serta memperkuatkan tentera Pyongyang, meskipun dihimpit dengan sekatan antarabangsa.

    Korea Selatan hari ini berkata bahawa Korea Utara dilihat mengikut ‘langkah yang serupa’ dengan 2017 – apabila ketegangan mencecah tahap kritikal di semenanjung – memberi amaran Pyongyang mungkin memulakan semula ujian nuklear dan peluru berpandu antara benua.

    Korea Utara “hampir meninggalkan deklarasi moratorium”, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata dalam kenyataan selepas pertemuan tergempar bersama Majlis Keselamatan Kebangsaan Seoul.

    Tentera Korea Selatan hari ini berkata ia telah ‘mengesan peluru balistik jarak sederhana yang ditembak menuju ke Laut Timur.

    Peluru berpandu dianggarkan mencecah ketinggian 2,000 kilometer dan terbang kira-kira 800 kilometer selama setengah jam, kata Ketua Kakitangan Bersama Seoul.

    Trajektori yang tinggi itu melibatkan peluru berpandu yang di tembak pada sudut tinggi dan bukannya jarak penuhnya.

    Kali terakhir Pyongyang menjalankan ujian peluru berpandu jarak sederhana adalah Hwasong-12 pada 2017, yang menurut penganalisis ia cukup kuat untuk menyasarkan wilayah AS, Guam. – AFP

    Orang awam menyaksikan siaran berita menunjukkan rakaman pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara. Seoul berkata Korea Selatan menjalankan ujian peluru berpandu paling kuat sejak 2017. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...