Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Korea Utara lancar ujian senjata ke-14

    SEOUL, 4 MEI – Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik, menurut Seoul, seminggu selepas Kim Jong Un berikrar untuk meningkatkan senjata nuklear Pyongyang dan hanya beberapa hari sebelum Korea Selatan melantik presiden yang baharu.

    Pyongyang melancarkan 14 ujian senjata sejak Januari, termasuk pelancaran peluru balistik antara benua pada jarak penuh buat kali pertama sejak 2017.

    Minggu lalu, Kim menyaksikan perarakan tentera, berikrar untuk segera memperluas dan menambah baik senjata nuklearnya, dan memberi amaran kemungkinan serangan ‘pendahuluan’ – ketika imej satelit menunjukkan dia tidak lama lagi mungkin menyambung semula ujian nuklear.

    Ujian hari ini dibuat beberapa hari sebelum tanggal 10 Mei pelantikan presiden Korea Selatan yang baharu. Yoon Suk-yeol, yang berjanji untuk bertindak tegas ke atas Korea Utara dan meningkatkan kerjasama keselamatan dengan Amerika Syarikat selepas diplomatik gagal bertahun-tahun.

    Korea Utara melancarkan peluru balistik pada 12:03pm (0303GMT), menurut Ketua Staf Bersama (JCS) Seoul, berkemungkinan dari Lapangan Terbang Sunan berhampiran Pyonyang, tapak sebelum ini menjalankan ujian ICBM.

    Peluru berpandu tersebut terbang sejauh 470km dan mencecah altitud 780km, menurut JCS, dan menambah ia adalah ‘pelanggaran terang-terangan ke atas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)’. – AFP

    Orang ramai menyaksikan pelancaran peluru berpandu balistik melalui televisyen di Seoul. Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik, seminggu selepas Kim Jong Un berikrar untuk meningkatkan senjata nuklear Pyongyang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...