Korea Utara letup pejabat perhubungan dengan Selatan

SEOUL, 16 JUN – Korea Utara hari ini meletupkan pejabat perhubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan yang terletak di sebelah sempadannya, kata kementerian penyatuan Korea Selatan, selepas beberapa hari retorik kian berleluasa dari Pyongyang.

“Korea Utara meledakkan Pejabat Perhubungan Kaesong pada jam 2:49 petang waktu tempatan,” kata kementerian yang bertanggungjawab menangani hubungan antara Korea, dalam kemas kini maklumat yang dihantar kepada wartawan.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa minit selepas terdengar letupan dan asap kelihatan menjulang tinggi dari zon perindustrian bersama yang lama ditutup di Kaesong, di mana pejabat perhubungan antara dua ditempatkan, lapor agensi berita Yonhap memetik sumber yang tidak didedahkan.

Ketegangan berlaku selepas Kim Yo Jong, saudara perempuan pemimpin Korea Utara yang akrab dengan Kim Jong Un, hujung minggu lalu mengatakan pejabat perhubungan bersama itu dihancurkan sedikit masa lagi.

“Sedikit masa lagi, pemandangan tragis pejabat perhubungan bersama utara-selatan yang tidak digunakan akan diruntuhkan dapat disaksikan,” katanya.

Sejak awal Jun, Korea Utara mengutuk tindakan aktivitis Korea Selatan yang menghantar risalah anti-Pyongyang ke sempadan, sesuatu sering dilakukan pembelot secara berkala.

Minggu lalu, Korea Utara mengumumkan memutuskan semua hubungan komunikasi rasmi dengan Korea Selatan.

Risalah itu kebiasaannya dilekatkan pada belon udara panas atau dilayang dalam botol, mengkritik pemimpin Korea Utara, Jong Un atas pelanggaran hak asasi manusia dan cita-cita nuklearnya. – AFP