Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

Korea Utara rancang agih vaksin COVID pada November

-

SEOUL, 9 SEPT – Korea Utara akan mula memberikan vaksinasi COVID ke atas penduduknya pada November depan, menurut media negara hari ini, selepas kira-kira sebulan Korea Utara mengisytiharkan kemenangan berjaya membendung virus tersebut.

Ini kali pertama negara terpinggir itu secara rasmi mengumumkan rancangannya untuk memberikan vaksinasi sejak permulaan pandemik.

“Selain daripada pemberian vaksinasi, kami menyarankan semua penduduk untuk memakai pelitup muka bagi melindungi diri masing-masing bermula November,” kata pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menurut Agensi Pusat Berita Korea (KCNA). Pakar kesihatan di negara itu percaya tahap antibodi penduduk Korea Utara – didapatkan semasa epidemik yang disahkan di negara itu pada Mei lalu – akan menurun menjelang Oktober, tambah Kim. Laporan KCNA hari ini tidak menerangkan lanjut mengenai dari mana vaksin tersebut diperoleh.

Tahun lalu, Korea Utara menolak rancangan penghantaran vaksin COVID AstraZeneca, yang diaturkan oleh skim Pertubuhan Kesihatan Sedunia, COVAX, disebabkan oleh kesan sampingannya, menurut kumpulan pemikir Korea Selatan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -