Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Korea Utara sedia uji nuklear menjelang ketibaan Biden

    SEOUL, 19 MEI – Korea Utara sudah bersedia untuk melancarkan ujian nuklear pada bila-bila masa, kata seorang ahli parlimen Korea Selatan hari ini, dengan Amerika Syarikat memberi amaran ia boleh berlaku ketika Presiden Joe Biden ke Seoul minggu ini.

    “Persediaan ujian nuklear Korea Utara sudah selesai dan mereka hanya mencari masa sesuai,” kata ahli parlimen itu, Ha Tae-keung, memberitahu pemberita selepas diberi taklimat oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Seoul.

    Rejim Kim Jong Un bergelut dengan penularan COVID dengan hampir dua juta kes ‘demam’ dilaporkan namun Washington dan Seoul berkata ia sama sekali tidak menjejaskan rancangan ujian Pyongyang.

    Selepas pelancaran misil cecah rekod tahun ini, termasuk misil balistik antara benua, Kim mungkin berusaha untuk mengalihkan warga Korea Utara dari krisis kesihatan itu dengan ujian senjata nuklear, kata penganalisis.

    Perisikan AS merasakan bahawa adanya ‘kemungkinan sebenar’ yang Kim boleh memilih untuk melakukan ‘provokasi’ selepas Biden tiba di Seoul lewat esok bagi lawatan pertamanya sebagai presiden ke Asia, kata pentadbirannya.

    Ini bermaksud ‘ujian peluru berpandu selanjutnya, ujian misil jarak jauh atau ujian nuklear atau kedua-duanya” akan berlaku semasa waktu lawatan Biden, kata Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan.

    Imej satelit juga menunjukkan Korea Utara bersedia untuk melancarkan apa yang boleh dikatakan sebagai ujian nuklear ketujuhnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...