Korea Utara, Selatan cabul gencatan senjata – UNC

SEOUL, 26 MEI – Kejadian bedil-membedil di antara tentera Korea Utara dan Selatan di Zon Bebas Tentera yang memisahkan semenanjung merupakan pencabulan perjanjian pelucutan senjata, kata Pusat Ketumbukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNC) hari ini.

Kedua-dua pihak masih berperang secara teknikal, sejak pertempuran dalam Perang Korea berakhir dengan gencatan senjata pada 1953 yang tidak pernah diganti dengan perjanjian perdamaian.

Tembakan Korea Utara terkena pos pengawal Selatan pada 3 Mei, mendorong tentera Seoul membalas tembakan beberapa minit kemudian dan mengeluarkan amaran.

UNC, yang mengawasi pematuhan gencatan senjata, melancarkan siasatan dalam kejadian itu dan menyimpulkan bahawa ‘kedua-dua pihak melaku ‘pencabulan Perjanjian Gencatan Senjata,’ katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan mendapati Tentera Rakyat Korea Utara menembak empat peluru 14.5mm, yang dibalas oleh dua tembakan dari Korea Selatan. – AFP

Gambar fail menunjukkan pos pengawal tentera Korea Utara (belakang) dan Korea Selatan (bawah) dilihat di Paju, sempadan dengan Korea Utara, Korea Selatan. – AP