Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Korea Utara tembak ‘beberapa pelancar roket’

    SEOUL, 20 MAC – Korea Utara menembak beberapa pelancar roket hari ini, kata Seoul, dalam provokasi bersiri terbaharu yang dilakukan negara bersenjata nuklear itu untuk mempertingkatkan ketegangan di rantau tersebut.

    Pyongyang melancarkan beberapa siri persenjataan tahun ini dan menguji apa yang dikatakannya adalah komponen daripada ‘satelit pengintipan’ – meskipun Seoul dan Washington telah menyifatkannya sebagai sistem ICBM baharu.

    “Ia adalah tembakan yang disyaki daripada beberapa pelancar roket Korea Utara pagi ini,” kata Ketua Turus Tentera dalam mesej teks kepada wartawan.

    “Tentera kami telah mengekal-kan kesiapsediaan pertahanan kami sambil memantau sebarang perkembangan lain,” tambahnya, tanpa memberi butiran lanjut.

    Empat tembakan telah dilepaskan ke perairan barat sepanjang dari jam 7:20 pagi dari lokasi tidak didedahkan di wilayah Pyongyang Selatan, lapor agensi berita Yonhap memetik pegawai tidak dinamakan.

    Tujuan penembakan itu masih lagi dinilai, tambah laporan tersebut.

    Majlis Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan telah mengadakan mesyuarat kecemasan dan menggesa bagi kedudukan kesediaan ketat untuk ‘mencegah kekurangan keselamatan semasa tempoh peralihan kerajaan’, menurut kenyataan dari Rumah Biru presiden. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...