Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Korea Utara tembak tiga peluru berpandu

    SEOUL, 25 MEI – Korea Utara melepaskan tembakan serentak peluru berpandu hari ini termasuk kemungkinan misil balistik antara benua terbesar, beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meninggalkan Asia.

    Korea Utara juga melancarkan ‘ujian operasi’ peranti letupan nuklear, kata Kim Tae-hyo, pemangku pengarah pertama Seoul bagi Pejabat Keselamatan Negara.

    Tiga peluru berpandu, termasuk satu ICBM, telah ditembakkan dari kawasan Sunan di Pyongyang, kata Seoul – satu daripada hampir 20 senjata yang diuji oleh Korea Utara setakat ini tahun ini – mencetuskan latihan peluru berpandu AS-Korea Selatan sebagai tindak balas.

    Pelancaran peluru berpandu Pyongyang adalah ‘tindakan salah yang terang-terangan melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB’, kata kerajaan Seoul selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Presiden Yoon Suk-yeol.

    Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan rakan sejawatan Korea Selatan dan Jepun ‘mengecam pelancaran peluru berpandu balistik DPRK sebagai pencabulan nyata terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB’, menurut jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

    Washington sebelumnya menggesa Pyongyang untuk ‘terlibat dalam dialog substantif dan kekal’.

    Pelancaran tiga peluru berpandu balistik awal pagi kelmarin itu muncul dalam selang satu jam, kata Ketua Turus Tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...