Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KoreaSelatan, AS jalani latihan bersama

    SEOUL, 1 Mac – Korea Selatan dan Amerika Syarikat melancarkan latihan tentera tahunan mereka hari ini tatkala pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un mengarahkan tenteranya supaya bersiap sedia untuk menghadapi “serangan tanpa belas kasihan” ke atas tentera musuh.

    Latihan sentiasa menambah ketegangan di semenanjung Korea dan pada tahun ini mereka diadakan selepas ujian peluru berpandu balistik Utara baru-baru ini dan pembunuhan abang tiri Kim oleh ejen saraf di Malaysia.

    Penyertaan dalam latihan bersama dikenali sebagai Keazaman Mutlak dan Anak Helang adalah sama dengan tahun lalu, kata jurucakap Tentera Amerika Syarikat Korea.

    Latihan 2016 membabitkan 300,000 tentera Korea Selatan dan kira-kira 17,000 tentera AS, serta kapal tentera laut AS dan aset tentera udara.

    Jurucakap berkata 3,600 tentera AS telah pun dihantar untuk latihan Anak helang, yang pertama daripada dua latihan yang menjangkau tempoh dua bulan, namun enggan memberikan angka keseluruhan.

    Menteri Pertahanan Korea Selatan Han Min-Koo “menekankan keperluan untuk merangsang latihan” dalam satu panggilan telefon dengan rakan sejawatan AS James Mattis, yang berikrar melancarkan “respon efektif” ke atas sebarang penggunaan senjata nuklear, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

    Berpuluh pembantah berkumpul di luar kedutaan AS di Seoul hari ini membantah bemrulanya latihan, mendakwa mereka akan “membawa semenanjung kepada peperangan nuklear.”

    Pyongyang telah lama mengecam latihan bersama sebagai latihan provokatif untuk serangan, sementara Seoul dan Washington menegaskan mereka adalah bersifat mempertahankan diri.

    Melawat ibu pejabat unit tentera, pemimpin Utara Kim memuji tenteranya atas “sikap berjaga-jaga mereka ke atas tentera musuh AS dan Korea Utara yang melancarkan usaha terdesak untuk serangan,” kata Agensi Berita Korea hari ini.

    Kim juga mengarahkan tentera supaya “melancarkan tindakan balas serangan tanpa belas kasihan ke atas serangan udara musuh,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda