Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Koridor tersembunyi ditemui di piramid Giza

    KAHERAH, 3 MAC – Ahli sains telah menemui lorong tersembunyi dalam Piramid Besar Mesir, umum pihak berkuasa semalam, sebahagian daripada projek penyelidikan antarabangsa selama tujuh tahun.

    Laluan itu adalah sembilan meter panjang dan lebih dua meter lebar, kata kementerian antikuiti dalam satu kenyataan.

    Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir, Ahmed Issa memberitahu wartawan di tapak piramid di Giza, juga dikenali sebagai Khufu, atau Cheops, ‘koridor berbumbung gabel’ dengan siling segi tiga ‘telah ditemui di bahagian utama Piramid Besar Raja Khufu.’

    Penemuan itu adalah sebahagian daripada projek ScanPyramids, dilancar pada 2015 sebagai satu kolaborasi di antara universiti terkenal di Perancis, Jerman, Kanada dan Jepun dan sekumpulan pakar Mesir.

    Pakar arkeologi, Zahi Hawass, bekas Menteri Antikuiti Mesir, mengetuai jawatankuasa yang menyelia projek itu, yang menggunakan teknologi canggih untuk menggambarkan bahagian dalam piramid yang tersembunyi tanpa menggalinya.

    Teknologi itu merupakan gabungan termografi inframerah, radiografi muon dan pembinaan semula 3D – kesemua teknik tidak bersifat invasif dan memusnahkan.

    Dibina kira-kira 4,500 tahun lalu, ia mempunyai tiga bilik dan seperti piramid lain di Mesir dikhaskan untuk makam firaun.

    Hawass memberitahu wartawan di piramid semalam bahawa kemungkinan besar terowong itu digunakan untuk melindungi sesuatu. “Pada pendapat saya, ia melindungi bilik pengebumian sebenar Raja Khufu.” – AFP

    Pelawat melawat Piramid Besar Khufu di Piramid Giza di pinggir bandar Kaherah pada 2 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...