Koronavirus: Cathay Pacific tawar cuti tak bergaji

HONG KONG, 5 FEB– Cathay Pacific Airways hari ini meminta 27,000 pekerjanya supaya mengambil cuti tidak berbayar selama tiga minggu sementara syarikat penerbangan Hong Kong bergelut dengan pendapatan merosot disebabkan wabak virus China.

Dalam mesej video kepada pekerja, CEO Augustus Tang berkata situasi adalah sama serius dengan krisis kewangan 2009, lapor akhbar The South China Morning Post.

Semalam, Cathay mengumumkan pengurangan 90 peratus dalam kapasiti penerbangan ke China, yang telah membatalkan kunjungan kumpulan dan memberitahu ahli perniagaan supaya menangguh perjalanan luar negara sementara Beijing memerangi wabak yang menumpu pada bandar Wuhan.

Syarikat penerbangan itu memotong 30 peratus daripada kapasiti di seluruh dunia selama dua bulan. Pekerja diminta supaya mengambil ‘cuti khas’ di antara 1 Mac dan 30 Jun, menurut kenyataan Cathay. – AP

Gambar fail bertarikh 12 Ogos 2019 menunjukkan kru penerbangan memandu melepasi kapal terbang Cathay Pacific Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. – AP