Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Koronavirus, denggi meningkat di Filipina

    MANILA, 12 JULAI – Jangkitan koronavirus dan denggi semakin meningkat di Filipina, membawa kepada cabaran awal kepada pentadbiran baharu Presiden Ferdinand Marcos Jr ketika jawatan ketua kesihatan masih belum diisi.

    Bloomberg melaporkan bermula Januari sehingga hujung Jun, lebih 65,000 orang dijangkiti denggi, meningkat 90 peratus berbanding setahun lalu, menurut data jabatan kesihatan.

    Kes COVID bagaimanapun meningkat 39 peratus dalam minggu ini berakhir 10 Julai, berbanding seminggu lalu, dengan kadar purata perkiraan harian hampir 1,500.

    Jumlah kiraan harian koronavirus melepasi angka 1,000 awal Mac, menurut data dikompilasikan Bloomberg. Namun, hanya 17 peratus katil-katil di unit rawatan rapi digunakan oleh pesakit. – ANN/The Straits Times

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...