Koronavirus ditemui dalam aiskrim

BEIJING, 17 JAN – Koronavirus telah dikesan dalam aiskrim yang dihasilkan di timur China, mencetuskan penarikan balik berkarton-karton aiskrim daripada kumpulan sama, menurut kerajaan.

Syarikat Daqiaodao Food di Tianjin dekat Beijing, telah ditutup dan pekerjanya menjalani ujian koronavirus, menurut kenyataan bandar kerajaan itu. Tiada petunjuk mengatakan seseorang dijangkiti virus dari aiskrim.

Hampir 29,000 karton dalam kumpulan itu belum lagi dijual, kata kerajaan. Ia berkata 390 telah dijual di Tianjin telah dijejaki dan pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai penjualan aiskrim di kawasan itu.

Bahannya termasuk serbuk susu New Zealand dan serbuk dadih susu dari Ukraine, kata kerajaan. – AP

Pekerja memakai penutup mulut dan hidung untuk membantu mengekang penularan makanan sejuk beku dalam sebuah trak di Beijing pada 17 Januari. – AP