Koronavirus jejas jualan Adidas di China

FRANKFURT AM MAIN, 19 FEB – Pembuat kasut sukan Jerman Adidas berkata hari ini penutupan kedai di China telah membawa kepada kemerosotan jualan sejak bermulanya wabak koronavirus pada akhir Januari.

“Aktiviti perniagaan kami di China telah mencecah 85 peratus di bawah tahap tahun sebelumnya sejak Tahun Baharu Cina pada 25 Januari,” kata syarikat Bavaria dalam satu kenyataan.

Adidas berkata ia menghadapi ‘sejumlah besar penutupan kedai’ dalam jadual 500 kedai dan 11,500 francais di China, sementara jumlah orang yang membeli-belah di kedai yang masih dibuka semakin berkurangan.

Rantau China, yang termasuk Taiwan dan Hong Kong, telah menjadi salah satu kawasan yang berkembang paling pesat di dunia untuk jualan Adidas.

Dan rantau Asia Pasifik pada keseluruhannya menyumbang kepada kira-kira satu pertiga daripada pendapatan Adidas sebanyak 6.4 bilion euro dalam tempoh sembilan bulan pertama 2019. Meskipun penularan koronavirus ke beberapa negara lain di rantau, ‘kami masih belum melihat sebarang kesan besar perniagaan di luar China,” kata syarikat.

Melihat ke depan, Adidas berkata ia tidak dapat meramalkan betapa besar kesan virus ke atas keputusan tahunannya.

Ketua syarikat akan menyediakan pengemaskinian apabila syarikat mengeluarkan data keputusan 2019 pada 11 Mac, tambahnya. – AFP