Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kos pelaburan pengajian doktor cecah setengah juta

    Oleh Siti Nur Wasimah S & Sim Y.H

     

    MMN Logo 2017BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Pelaburan bagi setiap doktor yang dihantar untuk belajar di sekolah-sekolah perubatan atau universiti-universiti perubatan sehinggalah mereka menamatkan pengajian telah memakan belanja sekurang-kurangnya setengah juta untuk mendapatkan gelaran sebagai seorang doktor.

    Para individu itu belum lagi menjalankan latihan kepakaran dan jika mereka melanjutkan latihan kepakaran ini, ia mungkin memakan masa kurang lebih enam ke lapan tahun.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi menjelaskan perkara ini semasa menjawab soalan mengenai isu doktor-doktor tempatan terutama sekali di peringkat konsultan atau pakar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman semasa Majlis Mesyuarat Negara yang bersidang petang tadi.

    Menyentuh mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan untuk memastikan doktor-doktor di peringkat konsultan berkenaan terus berkhidmat dan menyumbang kepada negara, Yang Berhormat Dato berkata bahawa kementeriannya memastikan bahawa doktor atau pakar bertauliah tersebut sentiasa melibatkan diri dalam sama-sama menampung keperluan negara.

    Ini, jelasnya, telah dilaksanakan dalam jangka masa satu ke dua tahun dalam memastikan pihak kementerian sentiasa memberitahu mereka dari segi keperluan negara di samping memastikan mereka faham bahawa mereka telah dihantar oleh kerana keperluan negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda