Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kos pembinaan lapangan terbang Lawas dianggar RM600j

    LAWAS, 8 NOV – Kos pembinaan Lapangan Terbang baharu Lawas di kawasan Sundar di sini, dianggarkan bernilai kira-kira RM600 juta, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Katanya buat masa ini proses pampasan tanah sedang berlangsung dan fasa satu pembinaan lapangan terbang itu dijangka bermula pada suku pertama tahun hadapan.

    Menurutnya bagi mempercepatkan proses pembinaan, kos pembinaan akan dibiayai sendiri oleh kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum bayaran balik dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

    “Demi kemudahan orang Lawas kita (kerajaan negeri) akan buat lapangan terbang sendiri. Kosnya juga bukan murah, kira-kira RM600 juta dan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mahu beri biar kita yang buat,” katanya semasa berucap pada Program Sarawakku Sayang di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...